Forum Ekonomi Malaysia 2025: Memacu Pertumbuhan, Keterangkuman, dan Kepimpinan Serantau

Danial Rahman, CEO Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) berkongsi pandangan beliau mengenai prospek ekonomi Malaysia dalam temu bual bersama  Astro Awani di Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025).

Perbincangan tersebut menekankan prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh pada tahun 2024, dengan pertumbuhan KDNK yang stabil, defisit fiskal yang mengecil, dan penciptaan pekerjaan bernilai tinggi dalam sektor seperti semikonduktor dan teknologi. Danial turut menegaskan bahawa momentum pelaburan di Malaysia kekal kukuh, dengan aliran masuk pelaburan yang berterusan walaupun Malaysia mengambil pendirian tegas terhadap isu antarabangsa seperti di Gaza.

Menjelang tahun-tahun mendatang, Danial menekankan kepentingan memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia membawa manfaat yang menurun kepada rakyat. Berpandukan Kerangka Ekonomi Madani, pelaburan dalam teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) perlu digandingkan dengan pemberdayaan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) serta pembangunan di peringkat negeri. Pendekatan ini memastikan penjanaan kekayaan dapat memperkasa masyarakat selaras dengan prinsip ‘raising the floor & raising the ceiling.’

Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, Malaysia akan memberi tumpuan kepada beberapa keutamaan utama serantau. Pertama, ASEAN Power Grid mesti mencapai kemajuan dalam memperkukuh penyambungan tenaga boleh baharu. Kedua, perhatian yang lebih besar perlu diberikan kepada ekonomi digital, termasuk memperluaskan perkhidmatan perbankan digital bagi mengatasi isu keterangkuman kewangan yang dihadapi oleh hampir 50% penduduk ASEAN. Ketiga, ASEAN Connectivity Master Plan, yang diperkenalkan pada tahun 2016 perlu terus memacu pembangunan infrastruktur, pendidikan, logistik rantaian bekalan, dan tadbir urus data untuk mempromosikan integrasi serantau. Danial turut menyeru agar perhatian diberikan kepada cabaran masyarakat menua serta persiapan menghadapi impak automasi dan AI.

Danial menutup perbincangan dengan pandangan optimistik tentang peranan kepimpinan Malaysia di ASEAN. Dengan memacu keterangkuman dan kelestarian, Malaysia berpeluang memperkukuhkan kesepaduan serantau. Beliau berharap menjelang akhir tempoh kepengerusiannya, Malaysia akan mencapai kemajuan dalam integrasi tenaga, inklusiviti kewangan, dan tadbir urus digital, serta memperkukuhkan komitmen kolektif ASEAN terhadap kemakmuran bersama.

Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025) merupakan platform utama Malaysia untuk menetapkan agenda nasional dan merangka hala tuju bagi tahun mendatang. Dengan tema “Seizing Malaysia’s Moment”, acara ini mencerminkan kesediaan negara untuk memanfaatkan kekuatannya bagi pertumbuhan yang inklusif dan mampan.

📺 Tonton temu bual penuh di sini: https://youtu.be/x2629ScPvWM?si=Z2hTH5qXtsJx85n9 

--------------------------

Driving Growth, Inclusivity, and Regional Leadership: Insights from Forum Ekonomi Malaysia 2025

Danial Rahman, the CEO of the Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) shared his insights on Malaysia’s economic outlook in an interview at the sidelines of Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025).

The discussion highlighted Malaysia’s strong economic performance in 2024, marked by steady GDP growth, a narrowing fiscal deficit, and the creation of high-value jobs in sectors like semiconductor and technology. Danial emphasised that Malaysia’s investment momentum remains robust, with continued inflows despite the country taking a principled stance on international issues such as Gaza.

Looking ahead, Danial stressed the importance of ensuring that Malaysia’s economic growth translates into tangible benefits for the people. Guided by the Madani Economic Framework, investments in emerging technologies like AI must go hand-in-hand with empowering micro, small, and medium enterprises (MSMEs) and supporting state-level development. This approach will ensure that wealth creation uplifts communities and aligns with the principle of ‘raising the ceiling and raising the floor.’

As Malaysia assume the ASEAN Chairmanship in 2025, Danial outlined key priorities for the region. First, the ASEAN Power Grid must see real progress in enhancing renewable energy connectivity. Second, greater focus should be placed on the digital economy, including expanding digital banking services to address the financial exclusion faced by nearly 50% of ASEAN’s population. Third, the ASEAN Connectivity Master Plan, introduced in 2016, must continue advancing infrastructure development, education, supply chain logistics, and data governance to promote regional integration. He also called attention to addressing the challenges of an ageing society and preparing for the transformative impacts of automation and AI.

Danial concluded with an optimistic view of Malaysia’s leadership role in ASEAN. By driving inclusivity and sustainability, Malaysia has the opportunity to foster greater regional cohesion. He expressed hope that, by the end of its chairmanship, Malaysia would achieve meaningful progress in energy integration, financial inclusion, and digital governance, while strengthening ASEAN’s collective commitment to shared prosperity.

Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025) serves as Malaysia’s premier platform to set the national agenda and chart the year ahead. With the theme “Seizing Malaysia’s Moment”, the event reflects the country’s readiness to leverage its strengths for inclusive and sustainable growth.

📺 Watch the full interview here: https://youtu.be/x2629ScPvWM?si=Z2hTH5qXtsJx85n9