Strategi Ekonomi di Kala Perang: Mendepani Cabaran Geopolitik Global

Dalam sesi temu bual Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI, Danial Rahman, CEO ASLI, membincangkan hala tuju dan strategi ekonomi negara di tengah-tengah ketegangan geopolitik dunia yang semakin meruncing. Persoalan utama dibangkitkan: Adakah dunia kini sedang berdepan dengan risiko Perang Dunia Ketiga atau sebuah Perang Ekonomi yang bakal merombak rantaian bekalan global?

Perbincangan ini mengetengahkan impak konflik di rantau Timur Tengah—termasuk kepentingan strategik Selat Hormuz—terhadap kenaikan harga barangan, keperluan penyelarasan dasar fiskal dan monetari yang lebih kukuh, serta langkah Malaysia dalam mempelbagaikan ekonomi melalui inisiatif seperti tenaga hijau dan ASEAN Power Grid.

Tonton episod penuh di sini: https://youtu.be/AsoX3OB90EI?si=RV_LreDHZAhUqskc 

Empowering Leaders, Advancing Societies