Engagement Session with the Auditor-General of Malaysia

ASLI was invited to attend an engagement session with the National Audit Department, chaired by the Auditor General of Malaysia, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

The engagement session was done by the National Audit Department with Non-Governmental Organisations and think tanks to discuss best practices in achieving the Sustainable Development Goals (SDGs).

At the engagement session, apart from the role of SDGs, ASLI also shared on the important role of Planetary Health in shaping sustainable development strategies. We highlighted how a holistic approach, integrating environmental sustainability, public policy and public health, can guide us towards achieving the Sustainable Development Goals effectively and compassionately.

We thank the Auditor General for the invitation. We are proud to support any effort to ensure sustainability and planetary health are being put at the forefront of government service.

We would also like to take this opportunity to invite everyone to participate at the 2024 Planetary Health Summit from 16 April to 19 April to dive deeper into the impact of planetary health.

Register now: https://www.pham2024.com   


Sesi Libat Urus bersama Ketua Audit Negara

ASLI dijemput untuk menghadiri sesi libat urus bersama Jabatan Audit Negara, yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Sesi libat urus ini diadakan oleh Jabatan Audit Negara bersama Organisasi Bukan Kerajaan dan badan pemikir untuk membuat perkongsian bersama mengenai amalan terbaik dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Dalam sesi libat urus tersebut, selain dari peranan SDGs, ASLI juga berkongsi tentang peranan penting Kesihatan Planet (Planetary Health) dalam membentuk strategi pembangunan lestari. Kami menekankan bagaimana pendekatan holistik, mengintegrasikan kelestarian alam sekitar, dasar awam dan kesihatan awam boleh memacu Matlamat Pembangunan Mampan dengan berkesan dan ihsan.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Audit Negara atas jemputan ini. ASLI akan sentiasa menyokong sebarang usaha memastikan kelestarian dan kesihatan planet diletakkan di tonggak utama perkhidmatan kerajaan.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput orang ramai untuk menyertai Persidangan Kesihatan Planet 2024 dari 16 April hingga 19 April untuk mendalami impak kesihatan planet.

Daftar sekarang: https://www.pham2024.com