iFuture@UniSZA: Membangun Jaringan Kepimpinan Global

Pada 26 Julai 2025, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Program iFuture@UniSZA yang berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kampus Gong Badak.

Dato’ Seri Mustapa Mohamed, Ahli Lembaga Pengarah ASLI, telah menyampaikan ucaptama bertajuk “Integrity in Leadership: Challenges and Hopes”, berkongsi pengalaman serta pandangan dalam membentuk kepimpinan yang berteraskan integriti.

Pengarah Pembelajaran dan Kerjasama ASLI turut menyertai forum “Building a Global Leadership Network”, menekankan kepentingan membina jaringan kepimpinan rentas sempadan untuk memperkukuh hubungan serantau dan antarabangsa.

Terima kasih UniSZA atas jemputan dan peluang untuk terus menyumbang dalam pembangunan bakat kepimpinan masa hadapan.

Empowering Leaders, Advancing Society