Dialog Tiga Penjuru: Siapa Golongan Maha Kaya?

Pengarah Strategi dan Kerjasama, ASLI, Eizaz Azhar telah dijemput ke rancangan Dialog Tiga Penjuru, Astro Awani untuk berkongsi berkenaan sistem pemberian subsidi yang adil buat rakyat Malaysia.

Eizaz telah berkongsi bahawa pengkelasan golongan maha kaya perlu diteliti dengan cermat, supaya tiada salah faham atau kekeliruan ketika melaksanakan sesebuah dasar. Beliau juga menyatakan subsidi merupakan langkah sementara dan tidak boleh dijadikan penyelesaian masalah-masalah struktural dan asas.

Pelbagai cara untuk menaikkan pendapatan kerajaan telah dikongsikan, terutamanya melalui sistem percukaian yang lebih tegas dan telus. Pada asasnya, fokus perlu diberikan untuk memastikan rakyat mencapai paras pendapatan yang membolehkan mereka menyumbang melalui cukai. Ini bukan sahaja akan meningkatkan hasil negara tetapi juga menyokong pembangunan yang lebih inklusif dan mampan bagi kesejahteraan semua.

Terima kasih Astro Awani di atas jemputan.

———————-

Director of Strategy and Partnerships, ASLI, Eizaz Azhar, was invited to the programme Dialogue Tiga Penjuru on Astro Awani to discuss about the term maha kaya in ascertaining a fair subsidy distribution system for Malaysians.

Eizaz highlighted that defining the maha kaya needs to be carefully examined to avoid misunderstandings or confusion when implementing policies. He also emphasised that subsidies are a temporary measure and should not be treated as a solution to structural and fundamental issues.

Various methods for increasing government revenue were shared, particularly through a stricter and more transparent tax system. Fundamentally, the focus should be on ensuring that the public reaches an income level that enables them to contribute through taxes. This would not only boost national revenue but also support more inclusive and sustainable development for everyone’s well-being.

We thank Astro Awani for the invitation.

Watch the full interview here: https://youtu.be/_51pftgozxQ?si=rWsbwaEIObjj6xQ_ 

Empowering Leaders, Advancing Societies.