Pantau Belanjawan: Reformasi Fiskal, Hapuskan Pertindihan Fungsi Agensi

Di dalam temu ramah bersama Astro Awani, CEO ASLI telah berkongsi pandangan mengenai Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan YAB Perdana Menteri pada bulan Oktober. Fokus perbincangan adalah mengenai reformasi agensi-agensi perkhidmatan awam melalui rasionalisasi fungsi dan mengelakkan pertindihan.

CEO ASLI menerangkan bahawa reformasi-reformasi ini bukan sahaja penting, tetapi juga menonjolkan usaha yang berani ke arah tatakelola yang lebih baik. Dengan merasionalisasikan fungsi-fungsi agensi kerajaan yang bertindih, kerajaan boleh menghala sumber-sumber di perkhidmatan awam untuk menangani cabaran global seperti krisis iklim dan kesihatan planet, kemajuan kecerdasan buatan (AI) dan keperluan ekonomi penjagaan (care economy) yang semakin meningkat.

Terima kasih Astro Awani di atas jemputan yang diberikan.

-———————————

In an insightful interview on Astro Awani, ASLI CEO discussed the upcoming Budget 2025, set to be tabled by YAB Prime Minister this October. The focus of the discussion was on the reform of the civil service agencies through the rationalisation of its functions to avoid overlap.

Our CEO highlighted that these reforms are not only necessary but also represent a bold step towards more efficient governance. By streamlining operations, we can redirect valuable civil service resources to address pressing global challenges such as the climate crisis & planetary health, advancements in artificial intelligence, and the growing needs of the care economy.

Thank you to Astro Awani for the invitation.

Full interview: https://bit.ly/ASLIPantauBelanjawan