Majlis Libat Urus Belanjawan 2025

CEO ASLI telah menghadiri Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 anjuran Kementerian Kewangan pada 9 Julai 2024.

Sesi libat urus ini diadakan untuk mendengar dapatan daripada penjawat awam, pemain industri, wakil-wakil dewan perniagaan, teknokrat, pakar ekonomi dan ilmiah serta NGO dan pertubuhan antarabangsa di dalam perangkaan belanjawan negara.

Majlis libat urus ini juga telah dihadiri oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Menteri Kewangan II, Timbalan Menteri Kewangan, Ketua Perbendaharaan dan Gabenor Bank Negara Malaysia.

ASLI berterima kasih di atas jemputan untuk menghadiri Majlis Libat Urus Belanjawan 2025, dan berharap agar ikhtiar yang akan dicerakinkan di dalam belanjawan dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan sosial negara.

Cadangan untuk Belanjawan 2025 boleh diajukan di portal rasmi: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/cadangan2025